E-FOLIO PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN




SESI DIS 2020  

JABATAN : JABATAN PENGAJIAN AM  

MPU 21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN   

  

 TAJUK: PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI

              PERPADUAN



PENGHARGAAN  

        ALHAMDULILLAH, SYUKUR KE HADRAT ILAHI KE ATAS LIMPAH DAN  KURNIANYA KAMI DAPAT MENYIAPKAN TUGASAN YANG DITUGASKAN INI  BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA KEPERLUAN DIPLOMA  KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN. SEGULUNG PENGHARGAAN KEPADA ENCIK SHAMSUL KAMAL BIN ABDULLAH ATAS SOKONGAN DAN DORONGAN BAGI MENJAYAKAN EFOLIO INI. 

SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA AHLI KUMPULAN KERANA MEMBERI KERJASAMA YANG BAIK DALAM MENYELESAIKAN TUGAS YANG DIBERIKAN PADA TARIKH YANG DITETAPKAN .   


OBJEKTIF  

  

         MENJELASKAN LATAR BELAKANG SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.  MENGHURAIKAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI ASAS ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA  MENGANALISIS ISU SEMASA PERLEMBAGAAN.  MENJELASKAN SIKAP AKOMODASI YANG WUJUD DALAM KALANGAN PELBAGAI ETNIK SEMASA PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.  MEMBAHASAKAN PERANAN DAN KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI DAN PERMUAFAKATAN SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. MENGANALISIS RASIONAL UNSUR-UNSUR TRADISI DALAMPERLEMBAGAAN MALAYSIA.   




DEFINISI PERLEMBAGAAN  


          PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MERUPAKAN SATU SET UNDANG-UNDANG TERTINGGI BAGI NEGARA MALAYSIA. UNDANG-UNDANG DASAR YANG MENJADI TERAS PANDUAN PEMERINTAHAN NEGARA. KERANGKA ASAS YANG MEMBENTUK DAN MEMANDU SISTEM PEMERINTAHAN SESEBUAH NEGARA. IA TELAH MULA DIGUNAPAKAI SEJAK TANAH MELAYU MENCAPAI KEMERDEKAAN PADA TAHUN 1957.  PERLEMBAGAAN MALAYSIA

      MENGANDUNGI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANSECARA AUTOMATIK AKAN TERBATAL. PERLEMBAGAAN DIGUBAL DI PARLIMEN DENGAN TIGA KALI PENDENGARAN (PERDEBATAN). SESUATU PERLEMBAGAAN ATAU AKTA DIKIRA DIGAZETKAN APABILA IA MENDAPAT SOKONGAN 2/3 DARI AHLI DEWAN RAKYAT.  RUJUKAN TENTANG ASPIRASI DAN PELAN INDUK PEMERINTAHAN NEGARA. MENGAWAL PEMERINTAH DAN YANG DIPERINTAH DALAM MEMPERTAHANKAN KEWUJUDAN DAN KESINAMBUNGAN NEGARA.




  

SEJARAH PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN  


             SETIAP NEGARA MEMERLUKAN PERLEMBAGAAN BAGI MENJAMIN  SEGALA KESELAMATAN ATAU KESTABILAN SEPERTI UNSUR POLITIK,  KEAGAMAAN DAN PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN CEKAP. PERLEMBAGAAN  MERUPAKAN DOKUMEN TERTINGGI NEGARA YANG BERTUJUAN MEMBERI  PETUNJUK MENGENAI HAL-HAL PERUNDANGAN DAN PERATURAN  SESEBUAH NEGARA. PERLEMBAGAAN IALAH MERANGKUMI KEPERCAYAAN,  KEINGINAN DAN TOLAK ANSUR DALAM MASYARAKAT PADA WAKTU IA  DIRANGKA (JOSEPH M. FERNANDO, 2007). PERLEMBAGAAN MENGANDUNGI  SATU SET PERATURAN PERATURAN TENTANG HAK, KUASA DAN PROSEDUR  SERTA TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG MENGAWAL DAN MEMANDU  HUBUNGAN ANTARA SATU AUTORITI DENGAN AUTORITI LAIN SERTA  ANTARA AUTORITI DENGAN RAKYAT AWAM (NAZARUDDIN MOHD. JALI ET  AL. 2001). PERLEMBAGAAN JIKA DILIHAT PADA PELEMBAGAAN SEBENAR  MALAYSIA IALAH SATU RANGKA PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG SAMA  ADA BERTULIS ATAU TIDAK BERTULIS YANG MENENTUKAN ORGANISASI  KERAJAAN, PEMBAHAGIAN KUASA ANTARA PELBAGAI BADAN KERAJAAN DAN PRINSIP-PRINSIP UMUM BAGAIMANA KUASA TERSEBUT DILAKSANAKAN. 




             PERLEMBAGAAN MALAYSIA MENGANDUNGI 15 BAHAGIAN, 183 PERKARA   DAN 13 JADUAL. PERLEMBAGAAN MALAYSIA TURUT DIKENALI SEBAGAI  PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.  SETIAP INDIVIDU, PARLIMEN (BADAN  PERUNDANGAN, BADAN EKSEKUTIF, BADAN KEHAKIMAN) TIDAK BOLEH  MENGATASI KELUHURAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. PERLEMBAGAAN  MALAYSIA MENYENTUH BIDANG KUASA EKSEKUTIF, LEGISLATIF (UNDANGUNDANG), KEHAKIMAN, KEDUDDUKAN AGAMA ISLAM,

    KEWARGENAGARAAN, BAHASA KEBANGSAAN, KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG      MELAYU, BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK DAN LAIN-LAIN.   

           SELURUH KUASA ATAU UNDANG-UNDANG ADALAH TERTAKLUK KEPADA  PERLEMBAGAAN MALAYSIA. JADI, SETIAP KEPUTUSAN TERTINGGI YANG  DIBUAT ATAU DIGUBAL HENDAKLAH BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN  MALAYSIA. PERLEMBAGAAN MALAYSIA TELAH DIPERKENALKAN PERTAMA  KALI SEBAGAI PERLEMBAGAAN PERSEKETUAN TANAH MELAYU PADA 31  OGOS 1957 IAITU PADA TARIKH KEMERDEKAAN MALAYSIA.  KEMUDIAN, IANYA DIPERKENALKAN SEBAGAI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA PADA HARI MALAYSIA PADA TANGGAL 16 SEPTEMBER 1963.  SETIAP UNDANG-UNDANG YANG DIHASILKAN TERMASUKLAH UNDANG-UNDANG NEGERI, ORGANISASI ATAU APA-APA  SAHAJA PERTUBUHAN DI MALAYSIA AKAN TERBATAL SEKIRANYA PERCANGGAHANBERLAKU.      

              “PERLEMBAGAAN INI IALAH UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN  DAN APA-APA UNDANG-UNDANG YANG DILULUSKAN SELEPAS HARI MERDEKA  YANG TIDAK SELARAS DENGAN PERLEMBAGAAN INI ADALAH TIDAK SAH SETAKAT  KETIDAKSELARASAN ITU PERKARA 4 (1) (PERLEMBAGAAN MALAYSIA)  

      KENYATAAN DI ATAS ADALAH BERMAKSUD TIDAK ADA SATU PUN   PERATURAN YANG DIGUBAL AKAN TERLAKSANA SEKIRANYA TIDAK  MEMENUHI ATAU MEMATUHI PROSIDING MAHUPUN KEHENDAK YANG  DIINGINI OELH PERLEMBAGAAN MALAYSIA. OLEH HAL YANG DEMIKIAN,  DALAM RUKUN NEGARA KE-3 YANG MENYEBUT KEPADA ‘KELUHURAN PERLEMBAGAAN’. KITA TELAH BERJANJI DAN BERSETIA BAHAWA  PERLEMBAGAAN MALYSIA MERUPAKAN DOKUMEN UNDANG-UNDANG TERTINGGI NEGARA YANG PERLU DIPATUHI DAN DIIKUTI SELAGI KITA BERPIJAK ATAU BERADA DALAM BUMI BERTUAH MALAYSIA INI.  



KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI  

  

               TAPAK INTEGRASI IALAH SEBUAH RUANG ABSTRAK DAN RUANG 

NYATA DI MANA PELBAGAI PIHAK YANG BERBEZA ETIKA DAN 

PERADABAN BERTEMU DAN BERIKHTIAR MENCARI PERSETUJUAN SECARA AMAN DAN HARMONI TANPA KEGANASAN.  

  

                 INTEGRASI IALAH PROSES BAGI MEWUJUDKAN IDENTITI NASIONAL DALAM KALANGAN KUMPULAN YANG TERPISAH DARISEGI   KEBUDAYAAN ,SOSIAL DAN LOKASI DALAM SESEBUAH UNIT POLITIK.  



  PERPADUAN IALAH PROSES YANG MENYATUPADUKAN SELURUH MASYARAKAT DAN NEGARA SUPAYA SETIAP ANGGOTAMASYARAKAT DAPAT MEMBENTUK SATU IDENTITI DAN NILAIBERSAMA SERTA PERASAAN CINTA DAN BANGGAKAN TANAH AIR.   

  

 

UNSUR-UNSUR ISLAM DAN ORANG MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN  

  

         Unsur tradisi adalah sangat penting dalam memastikan perpaduan yang utuh di kalangan rakyat Malaysia. Unsur tradisi ini sebenarnya telah lama wujud dan diserapkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. Hal yang demikian, unsur-unsur tradisi ini hendaklah dinilai dan difahami dengan baik bagi memastikan tidak timbul perselisihan faham antara rakyat. Unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia terhasil kerana dilihat dari pelbagai aspek yang dikaji berdasarkan sejarah dan sebagainya.  

“Terdapat fasal-fasal yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspek termasuklah institusi beraja, agama islam, bahasa melayu dan kedudukan istimewa orang  

Melayu.”  

(Mohd Salleh Abas, 1985).  

      Keempat-empat unsur tradisi ini adalah sangat penting dalam menjaga hubungan dan hak keistimewaan terutama kepada kaum Melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan kontrak sosial? Kontrak sosial adalah satu istilah yang bermaksud persetujuan yang telah dicapai oleh pembesar dari setiap kaum di Malaysia bersama-sama bersetuju untuk menekankan empat unsur tradisi ini semata-mata mencapai kemerdekaan dan mewujudkan satu negara yang harmonis.  

        ”Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957.” (Mohamed Suffian Hashim, 1987). 






-  INSTITUSI BERAJA  

  

Pemerintahan beraja menjadi salah satu unsur tradisi yang sangat penting dalam Malaysia. Sepertimana yang kita tahu, Raja-raja memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga dan mengekalkan adat dan sistem pemerintahan tertua negara. Raja adalah berkuasa mutlak dalam apa jua bidang pemerintahan yang terdapat di dalam negeri. Yang Dipertuan Agung adalah Raja yang mempunyai kuasa tertinggi di dalam Malaysia. Setiap bidang pemerintahan, hak mahupun kuasa yang dijalankan di Malaysia hendaklah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agung.      

Rentetan sejarah telah membuktikan bahawa pentingnya pemerintahan beraja terutama bagi penduduk berbangsa Melayu. Penjajahan British telah membuktikan bahawa mereka secara halus telah menghilangkan kuasa raja pada ketika itu. Pada masa tersebut, pihak penjajah telah mengutuskan Residen atau pemerintah berbangsa Inggeris dalam mentadbir setiap negeri. Hal ini menyebabkan ketidakadilan berlaku di mana kuasa raja hanyalah terletak pada adat istiadat serta hal agama.  

“Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.”    Perkara 38(2), Perlembagaan  Malaysia   

Jika dirujuk pada Perlembagaan Malaysia iaitu pada Bab 2 (Majlis Raja-Raja) menekankan keperluan, kepentingan serta fungsi Majlis raja-raja. Hal ini membuktikan raja masih mempunyai kuasa serta pertimbangan dalam mengutus atau membuat keputusan. Tanpa majlis Raja-Raja sesuatu keputusan boleh dilaksanakan selagi ianya tidak menyentuh kepada keistimewaan atau apa-apa sahaja mengenai Raja-Raja.    






  AGAMA ISLAM   

  

            Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.   Perkara 3 (1), Perlembagaan Malaysia  

            Agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Islam telah lama bertapak di Malaysia dan majoriti penduduk di Malaysia adalah Melayu dan memeluk agama islam. Perlembagaan Malaysia telah memberi kelonggaran agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindhu yang dianuti oleh kaum Cina, India dan lainlain di mana-mana kawasan di Malaysia. Ketua agama islam di Malaysia merupakan Yang Dipertuan Agong dan para pembesar atau Raja di setiap negeri dilantik menjadi ketua agama islam.  

           

 Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.  

 Perkara 11, Perlembagaan Malaysia  

             Malaysia mempunyai peraturan dalam memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Setiap agama hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut.  



 

          BAHASA MELAYU   

            

           Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh  Parlimen  

                                    Perkara 152, Perlembagaan Malaysia  

            Unsur-unsur tradisi termasuklah memperuntukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Memandangkan pelbagai etnik dan kaum yang menetap di Malaysia, Perlembagaan tidak melarang mereka untuk bertutur atau berurusan dalam bahasa lain. Bahasa Melayu adalah berkuatkuasa sebagai bahasa rasmi dalam apa jua urusan rasmi atau urusan surat menyurat antara badan kerajaan. Bahasa lain boleh digunakan sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan:  

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan  

(b)  tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.  

           Bahasa lain masih boleh dituturi serta diajari kerana Perlembagaan tidak menghalang atau menyekat mana-mana individu untuk menggunakannya. Dalam erti kata lain, segala apa yang terkandung dalam Perlembagaan adalah untuk menjaga hak Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia.         






CABARAN DAN TAFSIRAN SEMASA TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN  


      Dakwah tidak boleh dipisahkan dengan perkembangan semasa. Apa yang berlaku dalam masyarakat mempunyai kaitan yang amat dekat dengan para pendakwah. Para pendakwah bukan sahaja perlu mempunyai persiapan ilmu dan kemahiran, bahkan juga mampu memahami persekitaran yang banyak mempengaruhi kejayaan dakwah. Antara persekitaran yang perlu difahami ialah berkaitan dengan peranan perlembagaan dalam sistem sosial serta berkaitan dengan isu-isu yang berlegar di sekitar keperlembagaan dan hak asasi.  

  

      Selain itu, perlembagaan jaga banyak mempengaruhi ruang dan pendekatan dakwah. Perlembagaan merupakan dokumen perundangan terpenting dalam kerangka pentadbiran undangundang negara. Garis sempadan yang disediakan oleh perlembagaan perlu difahami oleh para pendakwah dalam menentukan langkah, pendirian,  pendekatan  serta  bentuk  aktiviti dakwah. Memahami isu keperlembagaan dan hak asasi  juga  termasuk  dalam  konteks  memahami sasaran  dakwah. Bahkan,  memahami perlembagaan tentunya amat penting jika dilihat peranannya  yang  amat  besar  sebagai  rujukan kelompok tertentu masyarakat dalam negara.  

  

        Pemahaman kepada isu keperlembagaan dan hak-hak  asasi  menjadi  semakin  penting  jika  kita memahami akar  kepada  konsep keperlembagaan dan  hak  asasi  secara  lebih  mendasar.  Kadang-kadang wujud perbezaan ketara antara kelompok dakwah  dak  aktivis  hak  asasi  atau  pengamal undang-undang  sivil  yang menjadikan perlembagaan  sebagai  rujukan  yang  utama. Perbezaan,  yang  boleh  membawa  konflik  ini, bukannya berpunca  dari perbezaan  tafsiran ayat-ayat perundangan bersifat ranting, tetapi ia adalah satu pertembungan yang berakar umbi dari aliran falsafah yang berbeza tentang konsep kehidupan, kebenaran  dan  kemanusiaan.  Oleh  yang demikian,  perbahasan  tentang  isu-isu perlembagaan dari sudut dakwah merupakan satu yang amat penting dalam menyorot asas kepada perbezaan ini.  

  

  

       Keberkesanan  dakwah  amat  bergantung  kepada kemampuan  para  pendakwah  menggarap persoalan  kehidupan  dan  realiti  sesuai  dengan tahap  kefahaman  sasaran  dakwah.  Pendakwah juga  perlu  memahami  sensitiviti  sesetengah kelompok  yang  sebahagiannya  bersandarkan kepada cara berfikir  yang jauh berbeza daripada para pendakwah. Sebahagian mereka menjadikan falsafah,  budaya  dan  pemikiran  Barat  sebagai landasan  hidup.  Bagi  melindungi  hak  dan kepentingan  mereka,  Perlembagaan  Persekutuan dijadikan  sebagai  sandaran.  Dalam  konteks  ini, para  pendakwah  perlulah  memahami  prinsip-prinsip asas perlembagaan serta konsep hak asasi bagi  memahami  jalur  pemikiran  serta  landasan hidup  mereka.  Dari  sudut  yang  lain  pula, kegagalan para pendakwah memahami perkara ini boleh  membawa  kepada  sikap  prejudis  mereka kepada  para  pendakwah,  serta  kepada  ajaran Islam.  

  

       Terdapat  beberapa  isu  perlembagaan  dan  hak asasi yang berkaitan  dengan dakwah. Antaranya yang  berkaitan  dengan  kebebasan  beragama, kebebasan  berkaitan  moral,  penguatkuasaan undang-undang, ajaran  sesat,  perbezaan  mazhab dan seumpamanya. Kertas  ini akan  memberikan fokus kepada empat  isu iaitu:    

(a) isu  kebebasan beragama dan  bermazhab   

(b) isu kalimah Allah dalam  konteks  kebebasan  beragama  dan  keselamatan;   

(c)Isu  tuntutan  kebebasan kumpulan  LBGT;   

(d) isu  perlaksanaan  hudud. Bagi  memberikan  gambaran  umum,  perbahasan berkenaan  hubungan  antara  dakwah  dan perlembagaan  serta  hak  asasi  dikemukakan terlebih dahulu.   

   


 

RUMUSAN


         Rumusannya, perlembagaan merupakan asas utama kepada pembentukan sesebuah Negara yang berdaulat.  Tujuan dan fungsi utama perlembagaan adalah untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil, mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah, mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat, alat untuk menyelesaikan masalah, menjamin riwayat negara bangsa serta mengekalkan keamanan dan kestabilan Negara. Tambahan lagi,Terdapat empat paksi utama atau ‘tiang seri’ yang membentuk Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak dan kedudukan Istimewa Orang Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu dan juga Bahasa Melayu sebagai rasmi.  





  



RUJUKAN

 

1. https://fokus.my/2015/04/22/tiang-seri-kepada-perlembagaan-persekutuan/

2.CIDOS MPU 21032

3.ARTIKEL DI LAMAN SESAWANG

4.SURAT KHABAR/BAHAN BACAAN

5.https://perlembagaansbgaitiangseriperpaduan.blogspot.com/





  

NAMA PENSYARAH : SHAMSUL KAMAL BIN ABDULLAH  

  

JABATAN :   

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK  

KELAS DET 2D  

  

BIL   

NAMA PELAJAR   

NO MATRIK   

1.   

MUHAMAD SYAHMI DANIAL BIN ROSHIDEEN 

04DET20F1032 

2.   

AHMAD DANIAL MUQRI BIN ASRUL HISYAM  

04DET20F1058 

3.   

MUHAMMAD ALIFF SYAHMI BIN MOHAMMAD SAUTI 

04DET20F1027  

4.  

MUHAMMAD IKMAL HAIKAL BIN MOHD SHARIF  

04DET20F1104  

5.  

ABDULLAH BIN KAMARUZAMAN  

04DET20F1048  

 





Comments